I made this widget at MyFlashFetish.com.

MYSELF

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
nama saya fara,saya sekolah kat smk kota kemuning,sekarang saya belajar kat ktim melaka....

pengunjung blog

BUAT SEMUA GURU2 SMK KOTA KEMUNING DAN PENSYARAH FPI KUIM

Sunday, May 3, 2009

FINAL EXAM N BALIK KAMPUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum kepada semua...Minggu ni insyaallah final exam akan tamat..dah sebulan tak balik shah alam ni...rindu giler ngan danish...sampai merajuk dia dibuatnya sebab kakak kesayangan tak balik sebulan..baru sebulan tak balik kan..but ari rabu ni paper habis dah boleh balik dah...hope sangat sem ni pointer naik...yang peting aku dah buat yang terbaik....bak kata orang tua2 belajar dari kesilapan..Sepanjang sem 2 ni banyak sangat,yg paling mencabar adalah masa nak wat Program,tapi alhamdullillah semuanya ok...kepada semua rakan2 dpsm yang tersayang semoga kita suma berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam final exam...insyaallah..amin..n tak lupa untuk semua pensyarah yang ajar kitorang sem ini n semua warga fpi kuim...terima kasih banyak2...k ar sampai kat sini dulu....ader citer yang best lagi lepas ni...tunggu k......

Sunday, April 5, 2009

FPI FAMILY DAY

Pada 4 April 2008 Fakulti Pengajian Islam KTIAM dan Persepsi telah menganjurkan family day...byk agenda sepanjang hari itu antaranya ceramah oleh Ustaz Najib dari MMU yang bertajuk kasih sejarak 2 jari,mmg best ustaz tu bg ceramah,lps tu ada anugerah untuk pensyarah,ptg tu ada sukaneka mmg best giler ar,nak ucap congrate kat dak2 boy dpsm n dppi sem 2 sbb mereka lah satu2 nya kumpulan lelaki yg masuk bertandin,you all mmg cool ar beb aku pun adalah salah seorang daripadanya,kiranya seorang jelah wanita dalam kumpulan megat perkasa ini,lps tu ade tarik tali,ustaz2 fpi kitorang ini mmg sporting habis ar walaupun kalah tetapi sanggup berjuang hingga ke tarikan yang terakhir,malam tu pulak ada konsert dari kumpulan mawaddah dan d'alaf,not bad ar,best gak...Last sekali sekalung penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan FPI fAMILY dAY 2009...pENSYARAH2 fpi N rAKYAT2 NYA MMG COOL N HAPPENING...WASSALAM..

Monday, March 30, 2009

PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI MUSLIM 2009





Assalamualaikum.....dah lama x tulis ni....minggu lepas baru wat program kat SMK Kota Kemuning Shah Alam...tu sekolah i....ni nak citer sikitlah perjalanan program....hari jumaat patut gerak kul 8 tapi disebkan kelewatan oleh pemandu bas kami gerak pukul 11.00...sampai kat skolah kul 1.30,siswa n ustz che rimi pun pergilah masjid untuk sembahyang jumaat...kul 2.30 pendaftaran start,alhamdullillah 83 orang peserta menyertai program dpsm 2 ni...so fara sebagai pengarah program merangkap ketua fasi telah memulakan ice breaking,tapi x seronok sikit,dak2 ni kurang bagi kerjasama...ni gambar masa ice-breaking..and then diorang pun bersama kumpulan masing2 untuk sesi suai kenal...mlm tu lps makan ada ldk 1,ldk 1 habis kul 11.30 mlm,lps tu fara suruh diorang masuk tidur,sebab perancangan awal nak wat night walk dlm kul 12.30,tapi.............mcm2 jadi,peserta lelaki main gurau2 sampai gaduh,apalagi aku pun naik angin kenalah dak2 tu.pergh tension giler malam tu,lps dak2 ni kena marah kitorang terus wat night walk,time aktiviti ada 3,4 orang yg nangis tau takut,habis dalam kul 4.00 suruh diorang masuk tidur,x leh tidur gak dak2 ni last2 diorang makan biskut dgn aku kat dewan,time tu jumpa pulak rokok,aku tanya sapa yg ada rokok better bagi kat kak fara,sebaik diorang kasi,3 kotak rokok ar aku amik...ari sabtu lak,lps riadah ada ldk 2 n 3 best gak ar....time ldk 3 tu mmg meriah lah...lps tu ada ceramah oleh dekan fakulti aku yang memang sporting giler...tapi kesian ar kat ustaz dak2 ni kuat main..lps tu tdr pulak...adui...tp thanks ar ustaz sebab sudi gak nak bagi ceramah kalau separuh orang dah lari dah...heheh...lps mkn n solat zohor...fara tunjukkan slide tentang,kezaliman manusia,sakaratul maut,,,nampak ar dak2 ni sayup n takut...lps solat asar ada ldk 4 iaitu menaiki rakit...mlm tu kitorang wat malam penghayatan...ok ar....dak2 pun ada yg nangis...yg penting bkn diorang nangis tapi hayati.......hari ahad lak kitorang wat explorace....last sekali wat majlis penutup,ini serba ringkas ar mcm2 lagi sebenarnya..penat nak tulis je..lps majlis penutup wat majlis perpisahan time ni ramai giler nangis....kesian lak nak tinggalkan adik2 ni......
FIRST sekali nak ucap beribu2 ucapan tahniah dan timer kasih kepada rakan dpsm yang terlibat dalam program ni korang mmg best,cool... tak lupa gak kat ustaz che rimi sbb sanggup bersama2 kitorang dalam 3 ari untuk menjayakan program ni.....tq sbb banyak bagi kitorang nasihat,semangat..ustaz mmg best ar...x tahu nk ckm macam mane.
kat ustaz rahisam tq banyak2 sbb ustaz sanggup dtg dari jauh semata-mata nak menjayakan program kami ini.....BUAT USTZ CHE RIMI,USTAZ RAHISAM N KWN-KWN fara nak minta maaf byk kalau ada yang terkurang...jgn serik nak wat kem lagi eh.....tq sebab banyak support n bantu fara dalam misi untuk menjayakan PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI MUSLIM....DAN AKHIR SEKALI....semoga apa yg kita wat ini mendapat keberkatan dari allah s.w.t.....insyaallah.amin...

Friday, March 13, 2009

ISH2...susah tul....

MINGGU INI TENSION SIKIT LAH...
nak pegi kelas hari khamis..pagi2 lagi dah kena sengat ngan lebah...sejak sem lepas aku masuk kolej ini dah 3 kali aku kena sengat...first time x sakit,second masuk ospital kesan sampai sekarang tak hilang...minggu ni kena lagi kat tapak kaki lak tu...pergh...mana taknya atas bumbung bilik aku ni ada sarang lebah.......susah tul aku nak jalan...ari jumaat perarakan maulidur rasul....pergh nak sampai fakulti rasa nak tercabut kaki aku...malas nak gi klinik...kalau pg klinik pun kena injet...minggu dpn nak program kaki makin bengkak...argh5.....ngan bas nak pegi x conform lagi...aku dah pening kepala dah ni...cikgu aku dah conform budak 98 org yang pergi....barang,hamper,cenderahati suma dah beli.....ikut hati fara lah kan...nak suruh dak lelaki naik motor je...tapi kesian lak....jauh tu.....macam mana ni....sapa ada idea???????....nak tidur pun tak leh...kaki ni makin sakit lak...geram nye aku!!!!!!!!kang nak sewa bas luar mahu makan rm1000.......adui...diorang ckp ada program nak hantar student gi gng ledang..aku tahulah...tapi program aku ni x penting ke???? wat kawan2 jomlah kita fikirkan sama2 jalan macam mana kita nak pergi...jln kaki ke,naik roket ke...ape2 jelah janji sampai k...misal kata terpaksa menyusahkan korang,fara minta maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki k....

Monday, March 9, 2009

DIALOG IBLIS (ALAIHI LAKNAT) DENGAN RASULULLAH S.A.W



Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,

"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras"

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam,sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),

"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah

"Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,

"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata

"Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi pertama

"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis

"Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2

"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"

Jawab Iblis

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar - besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3

"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis

"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4

"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis

"Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5

"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis

"Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya, matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang itu, semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6

"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis

"Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7

"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis

"Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8

"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis

"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9

"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis

"Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10

"Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis

"Umat tuan itu ada tiga macam.

Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama' yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama' itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11

"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis

"Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12

" Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis

"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13

"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis

Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14

"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis

"Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15

"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis

"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16

"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17

"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis

"Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18

"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis

"Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19

"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis

"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20

"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis

"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "

Sunday, March 8, 2009

Program Kami

Alhamdulillah...syukur akhirnya program dah lulus....sekarang tinggal pegi je kat smk kota kemuning...persediaan pun dah wat...beli fail,cenderamata dan lain2....aku berharap sgt agar perjalanan program kat sana berjalan dengan baik...wat rakan2 dpsm readylah utk jadi fasilitator yg baik...ingat satu je niat kerana allah....
bukan semata2 nak wat program..niat kita yg first agar anak bangsa seagama sendiri boleh berubah menjadi seorang islam yg berjaya dan dapat meninggalkan perkara yg tak elok...insyaallah...terima kasih juga kepada individu yang memberi sumbangan sama ada secara langsung dan tidak langsung....ni nama rkn2 dpsm yg dikasihi
boy
MUHAMAD SHAHMIN BIN RUSALI
MOHAMAD SYAHIR BIN MOHAMAD
MUHAMMAD ZAHIN BIN ZAINUDDIN
MUHAMMAD YARITH BIN SHAKOM
MOHAMMAD SHAFIQ BIN MUSTAFA
LUQMAN HAKEEM BIN SUKERAMAN
MOHD SYAHMI BIN SHARIFUDDIN
ALIFF SHAIFUDDIN HALIMY BIN HALIM
MOHD HAFIZ HALIM BIN TAJUDDIN
RAJA MOHD SHAHRIZ BIN RAJA MOHD NOOR
AMIRUL HAKIM BIN AHMAD NADZRI
girl
SITI HAJAR ISMAIRAH BINTI ISMAIL
NENNY MASITAH BINTI ZAINUDDIN
IZMA YANTI BINTI ABDUL AZIZ
SITI NUR AIN BINTI YUSOP
NURUL HIDAYAH BINTI ZAINUDDIN
AZLINDA BINTI AZMAN
NURFARA SYAKILA BINTI SAMSUL KAMAL
SITI NORAIN BINTI ABDUL KARIM
NURUL ZAIDA BINTI SAMSI
AINI MASRIYYAH BINTI ABDUL HALIM
NORAISYAH BINTI ABU BAKAR
SHAZFIZAN BINTI SANUSI
NOR YUSNITA BINTI MOHD YUSOF
NORIZAN BINTI GHAZALI
NURUL ATIQAH BINTI HASAN

Monday, February 23, 2009

PENCAPAIANKU SEPANJANG PERSEKOLAHAN

masa sekolah rendah aku tak seaktif masa sek menengah..
masa sekolah rendah just jadi pengawas selama 3 tahun,apa lagi ek oh..wakil sekolah tuk choral speaking.....ni jawatan yang pernah saya pegang masa sekolah menengah...
Pengerusi Kelab Pengawas(2007),
Timbalan Ketua Pengawas (2007),
Timb Ket Biro Pengurusan Perhimpunan Rasmi (2006),
Pengawas (2003-2007),
Pengerusi Persatuan Pendidikan Islam(2007),
Pengerusi Kelab Memasak(2004),
S/u Kadet Polis (2007),
S/U PBSM (2003-2004),
Pengerusi Petanque (2004-2005),
Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah (2005),
Naib Pengerusi Persatuan Pendidikan Islam (2004)
S/U Persatuan Pendidikan Islam (2005-2006) ni antara jawatan yang pernah di sandang...
kalau kem lak..
KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR DAERAH KLANG 2003,
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH (2005-2006),
PERKHEMAHAN KADET POLIS,KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS (2005),
KURSUS KHEMAH IBADAH,KURSUS JATI DIRI PEMIMPIN PELAJAR PERINGKAT DAERAH (2006),
PERKHEMAHAN PERDANA (2006),
PROGRAM MENJANA SEMANGAT PATRIOTISME MURID-MURID SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR PERINGKAT NEGERI(2006),
KEM JATI DIRI REMAJA ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN (2006) n URUSETIA PERKHEMAHAN KADET POLIS PERINGKAT NEGERI (2007) .....
Kalau kat sekolah pernah masuk acara ni ..
johan tilawah al-quran (2003)
naib johan tilawah al-quran (2004)
no 3 tilawah al-quran (2007)
petanque naib johan (2006),
Lontar Peluru johan (2004) tapi 2005-2007 dapat naib johan,
lempar cakera naib johan 2005-2007..apa lagi ek..lupalah
saya pernah mewakili sekolah dalam aktiviti spt berikut...
PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLANG 2005,
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KLANG 2007,
PERTANDINGAN KIOSK KERJAYA 2007,
TILAWAH AL-QURAN 2007,
saya start jadi fasilitator masa form 5 sampai skang ni
tAHUn 2007 masa saya form 5 saya dapat anugerah Tokoh Kokurikulum selain tu gak saya jadi KETUA EDITOR MAJALAH PERMAI iaitu majalah sekolah saya...n kalau kat sekolah saya jadi ajk ad/hoc dari 2003-2007 ad/hoc tu macam sediakan lcd,pa systen n yang sewaktu dengannya sijil ni sekolah yang kasi n yg paling best masa form 3 dapat pelajar kesayangan guru...saya mmg jenis syg cikgu..i love you cikgu...
ni lah kenangan saya masa time sekolah..
kat sini juga nak ucap thanks kepada ayah yang saya syg (SAMSUL KAMAL BIN SAMSUDIN) N mak saya yang paling happening (NORASIAH BINTI MAHAT) best dapat parents macam diorang tak kongkong,minta apa kasi, apa lagi..byk lagilah dan yang paling banyak bagi support kat saya sepanjang ni...tak lupa jugak kat adik2ku DAn adik2 angkat yang comel...n tq very2 much kat guru2 smk Kota Kemuning sepanjang 2003 until now yang dah didik fara selama ni....nak tulis nama cikgu byk sgt..

My Blog List

MY BIRTHDAY


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers